Selamat Datang ke laman Blog Pusat kegiatan Guru Bukit Besi, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman (TQA 1003)


SEMARAKKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN...

KIBARKAN JALUR GEMILANG






BENGKEL PEMBUDAYAAN PENGGUNAAN VLE DALAM PDPC TAHUN 2017


PKG Bukit Besi telah mengadakan bengkel pembudayaan penggunaan VLE dalam PDPC pada 9/13 & 14 Ogos 2017 bertempat di 3 buah sekolah yang berbeza iaitu di SK Durian Mas 2, SK Durian Mas 1, dan SMK Durian Mas. Para peserta telah mendapat pendedahan untuk membina laman (site) yang mudah dengan menggunakan widget Text, Media dan Wall. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana untuk "share" laman pembelajaran yang telah dibina kepada para pelajar di sekolah. Diharapkan sesi bengkel ini, peserta dalam mengaplikasikan ilmu vle dalam pdpc abad 21 sekaligus meningkatkan pencapaian vle sekolah masing-masing. 

Perkongsian VLE ini telah disampaikan oleh 4 orang guru advokasi : 

EN ABDUL RAZAK MANSOR - SK PASIR RAJA
EN NORMAN HARDY YAHYA - SK LADANG GAJAH MATI
PN NOORAIDA AWANG - SMK JERANGAU
PN TG ROKIAH TG MOHAMAD - SMK BUKIT BESI














KHIDMAT BANTU KONFIGURASI RANGKAIAN LAN DAN SELENGGARA MAKMAL KOMPUTER SK DELONG


8 dan 9 Ogos 2017 (Selasa & Rabu) -  Program ini melibatkan seramai 13 orang peserta di kalangan Juruteknik dan EIO Daerah Dungun. Program yang bertujuan membantu pihak sekolah memperbaiki susun atur dan pemasangan sistem rangkaian komputer yang sedia ada ke satu perubahan yang lebih baik dan selesa kepada pengguna terutama murid-murid dan guru-guru. Semoga khidmat bantu yang dijalankan dapat memberi impak yang tinggi kepada warga sekolah terutamanya dalam mengaplikasikan pdpc abad 21 dan meningkatkan penggunaan vle sekolah. Pihak PKG Pulau Serai merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan khidmat bantu kali ini. Semoga hubungan baik antara PKG dan pihak sekolah terus utuh dan kukuh pada masa-masa akan datang. 

MESYUARAT KLUSTER PSS DAN BENGKEL SSQS VERSI 3.0

25 JULAI 2017
MAKMAL KOMPUTER SMK BUKIT BESI
8.30 PAGI



PKG Bukit Besi telah mengadakan Mesyuarat Kluster PSS Bil 2 & Bengkel Pendedakan SSQS Versi 3.0 2017. Dalam mesyuarat yang telah dijalankan, pihak PKG banyak berkongsi dapatan /rumusan IKBB dan pemantauan PKG ke sekolah. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh GPM dalam memperkasakan kecemerlangan PSS seiring peranan PSS dalam menyokong pembelajaran abad 21. PKG turut berkongsi dapatan daripada taklimat Instrumen APPSSNT 2017 dalam memberi sokongan kepada 3 buah sekolah yang akan mewakili Derah Dungun dalam APPSSNT 2017. Sekalung tahniah diucapkan kepada SK Ladang Gajah Mati (Kategori SKM), SK Batu 48 (Kategori SK) dan SMK Ketengah Jaya (Kategori SMK). APSSNT 2017 menggunakan instrumen versi Februari 2017. Semoga sekolah yang mewakili Dungun mampu bersaing dan mendapat tempat di Peringkat Negeri. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan bagi setiap inkator soalan yang terdapat di dalam instrumen GPM dan memastikan setiap GPM memahami kehendak dan perspektif soalan bagi menentukan bintang yang baik bagi penarafan PSS Tahun 2017.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PKG DAERAH DUNGUN & MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN STAF YANG BERTUKAR


13 JULAI 2017
9.00 PAGI
PKG SERI DUNGUN






Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PKG Daerah Dungun pada tahun ini telah berlangsung di PKG Seri Dungun. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu daripada PPD Dungun, Pengetua / Guru Besar, Mantan-mantan pegawai PKG, Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT, Guru Perpustakaan dan Media, Juruteknik, EIO Sekolah ahli PKG Daerah Dungun yang terdiri daripada PKG Pulau Serai, PKG Seri Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Pelbagai juadah raya telah disediakan sempena sambutan kali ini. Majlis turut meraikan pegawai dan staf yang telah bertukar iaitu En. Sofian bin Mustaffa (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Suhana binti Mohamad @ Mohd Azam (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Faziani binti Othman (Bertukar ke PKG Marang), Pn. Noor Zurina binti Zulkifli (Bertukar ke SK Bukit Mentok, Kemaman) dan Pn. Siti Nur Saadah (Bertukar ke SK SMA Sultan Ismail, Dungun). Diharapkan majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan di kalangan warga PKG Daerah Dungun dan rangkaiannya.