Selamat Datang ke laman Blog Pusat kegiatan Guru Bukit Besi, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman (TQA 1003)

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BTPN - PKG 2018



TARIKH : 28 OGOS 2018 (SELASA)
MASA : 10 PAGI
TEMPAT : PKG SERI DUNGUN

PENGHAKIMAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN 2018 (APSSK)
KATEGORI SEKOLAH KURANG MURID




Rabu - 15 Ogos 2018 merupakan hari bersejarah bagi SK Ladang Gajah Mati apabila tercalon dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 (APSSK) bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Hakim yang menilai terdiri daripada Dr Qhamariah bt Samu, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dan En Wan Sanazi bin Ali, Jemaah Nazir Jaminan dan Kualiti, KPM. Turut dihadiri oleh Tn Hj Muie bin Ngah, PPD Dungun, Tn Hj Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah, BTPNT, Pegawai-pegawai BTPNT dan PKG, PIBG dan rakan-rakan strategik SK Ladang Gajah Mati

PECUTAN TERAKHIR APSSK 2018




TAHNIAH !! SK LADANG GAJAH MATI
KPI VLE FROG PERINGKAT NEGERI 








HABIBUN NAJJAR
WAKIL TENIS TERENGGANU KE PERINGKAT KEBANGSAAN


TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH SKLGM NAMPAK PADA ADIK HABIBUN NAJJAR.....Tanpa disangka penyertaan kali pertama beliau dalam kejohanan tenis peringkat Majlis Sukan Daerah Dungun ( MSSD) berjaya mendapat tempat Naib Johan hampir mengejutkan lawannya merupakan wakil negeri Terengganu.
Seterusnya pada 12 Julai - 13 Julai 2018, adik Habib mewakili daerah Dungun ke Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST). Tanpa disangka adik Habib telah layak mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada 4 Ogos hingga 9 Ogos 2018 ini di Perlis.
Semoga tuah bintang kecil ini terus menyinar membawa bendera negeri Terengganu ke Perlis.