Selamat Datang ke laman Blog Pusat kegiatan Guru Bukit Besi, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman (TQA 1003)


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA 

SAMBUTAN AIDILFITRI 2018




Diza Herb Production dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) akan mengadakan Pertandingan Video Pendek Sempena Sambutan Aidilfitri Peringkat Negeri Terengganu.

Tema pertandingan

Sekolah Rendah : Pengorbanan
Sekolah Menengah : Nostalgia

Syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada semua TV PSS Negeri Terengganu
2. Durasi tidak melebihi 3 minit 30 saat
3. Dimuatnaik ke saluran Youtube TV PSS sekolah masing-masing
4. Video mengandungi nilai murni dan boleh dijadikan sebagai bahan motivasi
5. Logo Dizaherbs mesti diselit dimana-mana bahagian video yang sesuai
6. Emelkan sinopsis dan link video kepada dizaherbsproduction@gmail.com
7. Tarikh tutup : 5 Jun 2018
8. Panel hakim - Suhaimi Lua (Pengarah Drama) / Eja Lorena (Penulis Skrip Drama) / Dizaherbs Production

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Cik Faziani binti Othman 09-6277114 di Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT